Music Player

Showing posts with label Wings. Show all posts
Showing posts with label Wings. Show all posts

Monday, March 21, 2016

Discography Wings


Kumpulan Wings merupakan salah satu kumpulan rock yang paling berpengaruh di Malaysia, Brunei & Singapura. Kumpulan Wings merupakan salah satu kumpulan rock yang bertuah kerana muncul ketika irama rock sedang menjadi kegilaan.

Pada awal penubuhannya, Wings dianggotai oleh empat orang remaja yang baru menamatkan alam persekolahan. Anggota asal kumpulan Wings pada awal penubuhannya adalah Awie (vokal), Jojet (drum), Sham (gitar utama) dan Zul (gitar bass). Pada tahun 1985 Jojet telah meninggalkan kumpulan Wings untuk menyertai Gersang dan Zul juga turut berundur. Tempat Jojet telah digantikan oleh Black, manakala Eddie menggantikan Zul.

Mereka juga bertuah kerana mendapat tawaran menghasilkan album sulung mereka pada tahun 1987 tanpa menyertai sebarang pertandingan antara band-band rock pada ketika itu seperti Juara-juara Rock dan lain-lain. Disamping itu kumpulan Wings turut mendapat khidmat penerbit tersohor, M Nasir untuk album sulung mereka, Belenggu Irama yang diterbitkan oleh Syarikat ASP (Antartic Sound Production). Album Belenggu Irama mendapat sambutan hangat dari peminat irama rock tanahair walaupun digam oleh Kementerian Penerangan menerusi saluran televisyen dan radio RTM. Hanya pihat TV3 menerusi rancangan muzik-muzik yang menyiarkan lagu dari Wings. Lagu-lagu yang mendapat sambutan hangat dari album Belenggu Irama adalah Belenggu Irama, Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Dari Tuhan, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Tamingsari. Dalam album pertama Wings juga nama pencipta J.S. Kevin mula dikenali menerusi lagu Biarkan Berlalu.

Wings banyak mengadakan konsert di ekspo-ekspo dan pesta di seluruh Semenanjung Malaysia selepas menghasilkan album Belenggu Irama. Tidak lama selepas album Belenggu Irama, gitaris utama Wings, Sham telah mengundurkan diri. Tempat Sham selaku gitaris digantikan oleh Tham. Tidak lama selepas menyertai Wings, Tham turut berundur. Bekas gitaris kumpulan Scandals dari siri Juara-juara Rock, Joe telah menggantikan tempat Tham. Album Belenggu Irama berjaya mendapat anugerah platinum selepas jualan album tersebut melebihi 50,000 unit.

Selepas kejayaan album Belenggu Irama, Wings muncul dengan album kedua mereka, Hukum Karma pada tahun 1988. Album Hukum Karma merupakan salah satu album terbaik dan melonjakkan nama Wings di persada muzik terutamanya muzik rock. Album yang masih diterbitkan oleh M Nasir tersebut mengandungi banyak lagu-lagu hits Wings. Antara lagu popular Wings dalam album Hukum Karma adalah Misteri Mimpi Syakilla yang berjaya melonjakkan nama JS Kevin sebagai pencipta lagu terkenal, Taman Rasyidah Utama, Hukum Karma, Opera Hidup, Anugerah dan lain-lain. Album Hukum Karma berjaya terjual melebihi 100,000 unit. Kumpulan Wings juga banyak mendapat jemputan untuk mengadakan konsert di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Lagu Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rasyidah Utama turut berjaya memasuki peringkat akhir Juara Lagu 1989. Bob Lokman merupakan pengurus Wings pada waktu itu.


Selepas kejayaan besar album Hukum Karma, Wings muncul dengan album ketiga mereka berjudul Teori Domino pada tahun 1990. Album Teori Domino turut di terbitkan oleh M Nasir. Album yang berubah sedikit rentak muzik rock ini menampilkan lagu hits Sejati yang dicipta oleh M Nasir. Lain-lain lagu adalah Harapan, Bujang Senang, Teori Domino, Rantai, Midnight Blues dan Potret Monalisa. Walaupun tidak sehebat album Hukum Karma, album Teori Domino turut terjual melebihi 100,000 unit. Lagu Sejati turut berjaya memasuki peringkat akhir Juara Lagu 1990. Album Teori Domino menyaksikan Wings mula menubuhkan syarikat sendiri iaitu Fly-Wings dan menyertai syarikat rakaman BMG Music.

Selepas album Teori Domino, drummer kumpulan Wings, Black telah mengundurkan diri. Tempat Black telah digantikan oleh Jojet bekas drummer kumpulan Gersang. Pada tahun 1991, Wings muncul dengan album keempat mereka, Jerangkung Dalam Almari. Album Jerangkung Dalam Almari turut diterbitkan oleh M Nasir. Album tersebut agak tenggelam disebabkan ketiadaan lagu killer song. Lagu yang diminati dari album tersebut adalah Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofia, Rock n Roll Lu Punya Suka dan lain-lain lagi. Wings turut terlibat dalam konsert bergerak secara besar-besaran anjuran Salem bersama Search dan Ella pada ketika itu.

Kumpulan Wings banyak mengadakan siri konsert bergerak berskala besar antara tahun 1991 - 1992. Antaranya Konsert Wings di Stadium Negara. Wings turut muncul  dengan album Best of Wings pada tahun 1992. Album tersebut merupakan himpunan lagu-lagu terbaik Wings yang dirakamkan semula dari album Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino dan Jerangkung Dalam Almari. Satu lagu baru diselitkan dalam album tersebut berjudul Hutan Simpan.

Pada bulan Disember 1992, kumpulan Wings telah bergabung tenaga dengan kumpulan Search untuk menghasilkan album gabungan pertama mereka yang diberi judul Double Trouble. Album tersebut diterbitkan oleh M Nasir. Kumpulan Search dan Wings merupakan kumpulan rock paling popular pada ketika itu. Lagu-lagu hits dari album Double Trouble adalah Gemuruh dan Ikutkan Saja. Search dan Wings turut mengadakan konsert jelajah Double Trouble ke seluruh pelosok tanahair. Konsert berskala besar tersebut mendapat sambutan yang hebat dari peminat rock.

Bermula tahun 1993, anggota kumpulan Wings mula melibatkan diri dengan bidang lakonan terutamanya vokalis mereka, Awie. Filem pertama lakonan Awie adalah Pemburu Bayang bergandingan dengan ratu rock Ella. Filem tersebut berjaya mencatatkan rekod box-office.


Berbalik kepada kumpulan Wings. Pada tahun 1993, Wings muncul dengan album kelima mereka yang diberi judul Bazooka Penaka. Album Bazooka Penaka dirakamkan di Sydney Australia dan diterbitkan oleh M Nasir. Album tersebut merupakan album terbaik bagi kumpulan Wings dari segi kualiti rakaman, muzik dan susunan lagu. Lagu-lagu hits dari album Bazooka Penaka adalah Pengabdian Ku Kekasih, Di Ambang Wati, Bernafas Dalam Lumpur. Album Bazooka Penaka juga menyaksikan kumpulan Wings berada di persimpangan antara karier nyanyian dan lakonan. Wings turut berada diambang perpecahan disebabkan komitmen lakonan dan nyanyian oleh anggota Wings yang menyaksikan Wings jarang dapat bergabung untuk konsert-konsert.

Akibat tiada persefahaman, Awie telah mengundurkan diri dari Wings untuk memberi tumpuan terhadap bidang lakonan dan nyanyian solo. Awie muncul dengan album solo pertama beliau, Tragedi Oktober pada tahun 1995. Manakala kumpulan Wings yang kehilangan vokalis utamanya telah melancarkan album projek, Wings & Superfriends yang menggabungkan Wings dan artis-artis terkenal terutamanya dalam muzik rock di samping usaha mencari vokalis utama yang baru bagi menggantikan Awie. Wings pada ketika itu berada dalam kedudukan yang hampir-hampir menyebabkan perpecahan.

Album yang diberi judul Opera Dalam Kenangan itu diterbitkan pada tahun 1994 dan mengandungi 2 bahagian, iaitu bahagian I & II. Album Opera Dalam Kenangan Bahagian I diterbitkan pada pertengahan 1994 manakala album bahagian II pada hujung 1994. Antara penyanyi terkenal yang terbabit dalam album tersebut adalah Ramli Sarip, Amy Search, Yantzen, Sahara Yaakop, Andy McLean (penyanyi rock dari Australia), Ito, Hattan, penyanyi baru Azul (diura-urakan bakal menggantikan Awie), M Nasir, Mus M.A.Y., A Romzi & Nike Ardilla dari Indonesia.

Lagu-lagu dalam album Opera Dalam Kenangan Part I & II mengabungkan lagu-lagu popular Wings dari album terdahulu yang dinyanyikan semula oleh artis-artis jemputan dan lagu-lagu baru seperti Dia (nyanyian Hattan), Kiblat Laser & Serati Tidak Bisa Jadi Undan (Amy Search) dan Tepian Gelanggang (Ito), On My Side (Andy McLean), Ekspo Imaginasi (M Nasir) & Kembara Terasing (Nike Ardilla).

Pada masa yang sama Wings terus giat mencari vokalis utama menerusi sesi ujibakat. Akhirnya pada pertengahan 1995, kumpulan Wings mendapat vokalis utama yang baru, Mel. Pada tahun yang sama kumpulan Wings turut menerbitkan album terbaru mereka bersama vokalis baru, Mel. Album tersebut diterbitkan oleh Joe Wings dan diberi judul Orang Asing. Lagu-lagu hits dari album Orang Asing adalah Lena Diulit Intan & Ranjang Mawar. Album tersebut mendapat sambutan yang hebat dan berjaya dijual melebihi 100,000 unit.

Sekali lagi krisis berlaku dalam Wings apabila penyanyi utama baru mereka Mel berpisah dari Wings selepas merakamkan album Orang Asing. Wings kemudian mendapatkan khidmat Mus M.A.Y. sebagai vokalis. Wings merakamkan album Biru Mata Hitamku pada tahun 1996 bersama Mus selaku vokalis. Album tersebut popular dengan lagu Biru Mata Hitamku.

Kumpulan Wings & Search kembali bergabung untuk menghasilkan album Double Trouble II pada tahun 1997. Album tersebut tidaklah sehebat album DoubleTrouble I.


Tahun 1998, kumpulan Wings kembali dengan album baru mereka yang berjudul Mencari Asal Usul. Dalam album Mencari Asal Usul Wings cuba mengembalikan rentak rock ketika mula-mula kemunculan mereka, Hard Rock diselit dengan slow rock. Lagu-lagu hits dari album tersebut seperti Hati Sulam Lain, Bukan Kerana Matahari dan Dilailah (Hidup Mati, Damai Perang). Album tersebut berjaya terjual melebihi 100,00 unit.

Wings juga aktif mengadakan konsert selepas album Mencari Asal Usul.

Wings mengambil masa yang agak lama merakamkan album terbaru mereka yang diberi judul Mr Barbarik yang dipasarkan pada tahun 2000. Album yang diterbitkan oleh Joe Wings turut mendapat sentuhan dari J.S Kevin. J.S Kevin menyumbangkan lagu susulan Misteri Mimpi Syakilla yang diberi judul Inspirasi Syakilla. Album Mr Barbarik turut mendapat sentuhan dari M Nasir. Wings juga cuba mengembalikan rentak muzik di era kegemilangan muzik mereka menerusi rentak heavy metal dan slow rock menerusi album ini.

Album tersebut juga merupakan album terakhir Mus bersama kumpulan Wings. Selepas kehilangan Mus selaku vokalis, kumpulan Wings menyepi seketika. Ketika itu juga timbul khabar angin yang bekas vokalis Wings, Awie akan menyertai Wings semula. Akhirnya pada tahun 2002, Awie secara rasmi kembali menyertai Wings. Wings kembali menghangatkan industri muzik tanahair terutama pengikut setia irama rock dengan line-up asal mereka. Mereka juga banyak mengadakan persembahan samada di TV atau konsert-konsert.

Thats all guys..


jom aku nak cerita sikit..

masih ku ingat kenangan di zaman remaja.. sewaktu aku di usia belasan tahun...
antara lagu2 wings yang menjadi kegilaan aku di saat itu.. "misteri mimpi syakilla & taman rashidah utama",
tatkala itu, aku bekerja part time di shell petrol station.. as a pump attendant, lokasi kat wakaf bharu, kelantan..
time kerja tu, adalah seorang awek cun melecun, yang rumahnya betul2 mengadap stesen minyak shell..
dan namanya juga adalah ... rashidah
setiap kali aku pasang kaset,lagu taman rashidah utama (guna mini compo jenama aiwa).. awek ni pun keluar rumah,
apalagi, aku loud kan volume kaset.. sampai tahap 7 (maximum tahap 10.... hiihh hiihh)
mendayu-dayu gema alunan gemersik suara awie di pagi itu, si rashidah ni pulak, asyik tersenyum manis memandang kami..
(time shift aku kerja, ada 2 orang staff - aku & si rosli (dah lost contact dgn mamat ni))..
sejak hari tu laa, aku jadi angau kat rashidah ni.. siang malam duk layan album wings hukum karma.. memanjang jer,
dilamun cinta pandang pertama la tu kot.. ki ki ki kih!!!
sejak hari tu, aku jadi semakin bersemangat untuk turun bekerja...
penangan rashidah yang lawa tu kann...
sebulan dua lepas tu, usha punya usha.. baru ku tahun yg si dia udah bertunang...
frust menonggeng laa aku...
mandi tak kenyang.. tidur pun tak basah.. makan lagi laa tak lena..
pilu, pilu, sepilu-pilunya...
lastly aku behenti kerja, tak tahan menanggung bebanan rindu...
dan kini... aku tak tahu, apa dah jadi dgn si rashidah ni.... mungkin dah beranak pinak ker? ..atau
mungkin juga dah bergelar janda ker?
apa2 pun... ku harap yg terbaiklah buat si rashidah ni...
begitulah serba sedikit, kenangan memori terindah aku & si dia, disebalik lagu2 wings ni... kita lupakanlah...
'ok... back to the main topic' ..jom kita layan diskografia dari kumpulan wings...
zoooom in -



 - zaman awie -

1987 - belenggu irama

















1988 - hukum karma

















1990 - teori domino









1991 - jerangkung dalam almari

















1992 - best of wings (re-recording)









1992 - double trouble (wings vs search)








1993 - bazooka penaka














 - zaman mel -

1995 - orang asing
















 - zaman mus -

1996 - biru mata hitam ku










1998 - mencari asal usul







1998 - double trouble 2 (wings vs search)









2000 - mr. barbaric












 - zaman awie_kembali -

2002 - naga kramat









2007 - teori domino revisited jamming session 07.1






2014 - menakluk kosmos













(info cover : credit to mastercomp, xyruszone, berteromber, speedrider)