Music Player

Showing posts with label Vagrant. Show all posts
Showing posts with label Vagrant. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

Discography Vagrant


Kumpulan Vagrant merupakan sebuah kumpulan rock kapak Melayu yang berasal dari Negeri Sarawak dan mereka aktif sejak dari awal tahun 1990an lagi.

Kumpulan Vagrant telah ditawarkan untuk membuat kontrak rakaman album setelah mereka memenangi pertandingan "Battle of the Bands" yang pertama diadakan di Negeri Sarawak. Pertandingan akhir "Battle of the Bands" tersebut telah diadakan di "Starlight City Disco" pada tahun 1989.

Untuk rakaman album pertama mereka, pemain bass asal Vagrant (Yen) telah digantikan dengan pemain bass kumpulan Melissa (Ajax). Ini berlaku kerana Yen mengalami masalah demam panas di saat menjelang sessi rakaman album sulung itu.

Album pertama mereka yang berjudul 'Vagrant' telah diedarkan pada tahun 1990 dengan menampilkan Line-Up Vagrant yang terdiri dari Baha (vokal), Kiya (gitar), Yen (bass) dan Dol (drum).


Album pertama ‘Vagrant' ini cukup memuaskan hati dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang album ini adalah antara album terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang era 90an dulu.

Suara vokalisnya ‘Baha' dikatakan mempunyai persamaan dengan suara vokalis Scorpions ‘Klaus Meine'. (Benarkah Begitu..?)

Kalau tak percaya boleh la cuba dengar album ini (rilisan semula 2015) yang sudah pun berada di pasaran (selagi stok masih ada.. hehe) dan anda nilaikan nya sendiri.

Banyak lagu-lagu yang bermutu dan menarik seperti 'Kerana Takdir' ciptaan Wan Zul, lirik S. Amin Shahab, juga lagu 'Januari', 'Hatiku', 'Kau dan Aku' & 'Adakah Cinta Lagi'.

Memang berbaloi memiliki album pertama “Vagrant” ini (fully recommend). Ini pendapat akulah, kalau korang punya citarasa aku tak tahulah, mungkin lain kot.. huhuh.


Album kedua mereka 'Pelangi Sutera' diterbitkan tiga tahun kemudiannya (1993). Line-Up mereka masih kekal seperti di album pertama. Dan kali ini bassist Vagrant (Yen) berjaya menyudahkan rakaman bass beliau untuk kesemua track lagu di dalam album ini.

Pun begitu mereka masih mengekalkan lagu-lagu berirama ballads seperti 'Pelangi Sutera Unggu', 'Mengapa' (intro lagu ini seakan-akan lagu Kerana Takdir), 'Restuilah', 'Suatu Hari Kita Bertemu' dan 'Setulus Cinta Mu Dewi'.

Tetapi entah dimana silapnya album kali ini gagal di pasaran. Mungkin kerana pemilihan lagu yang kurang tepat.


Pada tahun 1996 kumpulan Vagrant telah menghasilkan album ketiga mereka 'Tradisi', juga merupakan album terakhir mereka.

Pada kali ini komposer M.Nasir telah memperkuatkan album ini dengan lagu hits ciptaan beliau yang berjudul 'Tinggalkan Ironi'. Disamping lagu-lagu slow cintan yang agak menarik seperti lagu 'Mekar Dalam Bingkisan', 'Sampaikan' dan 'Seloka Rindu'.

Kedengaran vokal Baha untuk album ke3 ini sedikit mengecewakan, tidak seperti 2 album terdahulu (yang boleh menyamai vokal Klaus Meine.. huhuh)

Dan album ini juga senasib seperti halnya dengan album Pelangi Sutera (gagal untuk memikat hati dan telinga para pendengar).

Setelah 2 album mereka menemui jalan buntu, akhirnya kumpulan Vagrant sepakat untuk dibubarkan pada tahun berikutnya.


Line-Up terakhir Vagrant :-

Vokal - Baha
Gitar  - Kiya
Bass  - Nawen
Drum - Den

(p/s : Info menarik tentang kumpulan Vagrant)
Tahukah anda bahawa untuk setiap album mereka, akan ditampilkan satu lagu instrumental seperti berikut :-

Album 1 - Nurani
Album 2 - Teristimewa
Album 3 - Tradisi

Dan kesemua lagu instrumental ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya dari ahli kumpulan Vagrant itu sendiri. Agak mengujakan yer..


Begitulah serba sedikit info yang boleh Yusrina kongsikan bersama pembaca sekalian, tentang kumpulan Vagrant ini. Dan kini walaupun sudah hampir 20 tahun mereka meninggalkan arena seni suara, tetapi lagu-lagu Vagrant masih tetap diminati ramai dan sering dimainkan oleh DJ di corong-corong radio tempatan kala ini.

Dan kumpulan Vagrant akan terus dikenang, sebagai sebuah kumpulan Rock Kapak yang pernah menggegarkan tanahair kita di suatu masa dahulu.

Sekian.

Ayuh, jangan tunggu lagi.. mari kita tatapi album-album mereka ini melalui diskografi Vagrant..
Zoom..



Vagrant - (1990)















Pelangi Sutera - (1993)













Tradisi - (1996)










(info cover : credit to mastercomp, mat4nira, xyruszone, yansani)