Music Player

Showing posts with label Queen. Show all posts
Showing posts with label Queen. Show all posts

Monday, July 11, 2016

Discography Queen


Queen adalah kumpulan band rock dari United Kingdom yang mula dibentuk sekitar tahun 1970 di London. Ahli asalnya terdiri dari Freddie Mercury (vokal, piano) dan juga Brian May (gitar, vokal).

Karya awal muzik Queen banyak dipengaruhi oleh irama bergenre rock progresif, hard rock dan juga heavy metal, namun perlahan-lahan mereka bertukar arah menuju kepada gaya muzik yang lebih konvensional dan lebih pada mesra para pendengar radio, serta rentak muzik yang dipelbagaikan lagi oleh mereka.


Kumpulan Queen terumbang-ambing pada tahun 1990an kerana Kematian Freddie Mercury pada tanggal 24 November 1991 akibat penyakit AIDS.

Walaupun begitu Queen masih sempat meriliskan album Studio ke 15 mereka yang berjudul Made In Heaven pada tahun 1995.

Line-Up Terakhir Band Queen :-

Brian May – gitar & vokal (1970–sekarang)
Roger Taylor – drum & vokal (1970–sekarang)
Freddie Mercury – vokal utama & piano (1970–1991)
John Deacon – bass (1971–1997)


Formasi Awal (1968 - 1974)

Bermula dari dua kelompok siswazah yang ingin membuat band, iaitu terdiri dari Pasukan Staffell (vokalis dan basis) dan juga Brian May (gitaris).

Mereka melakukan audition kepada para siswazah yang akan menjadi pemain drum dan berjaya mendapatkan Roger Taylor, lalu membentuk sebuah band yang diberi nama Smile, namun band tersebut hanya sempat bertahan selama 2 tahun sahaja.

Pasukan Staffell akhirnya keluar dan membentuk band baru bernama Humpy Bong.

Tidak lama selepas itu, Freddie Mercury pun masuk dan kemudiannya mengubah nama "Smile" menjadi "Queen".

Queen melakukan uji bakat untuk mencari pemain bass baru dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan khidmat John Deacon (1971).

Pada tahun 1973, Queen merilis album debut bertajuk "Queen" yang mempunyai unsur dan juga pengaruh dari band-band lama seperti Led Zeppelin dan The Who. Di album ini, Queen menghasilkan dua single mereka, iaitu Keep Yourself Alive dan Liar.

Tahun berikutnya pula Queen merilis album Queen II dengan terhasilnya single Seven Seas of Rhye. Roger Taylor tidak menyukai nama album ini kerana tidak kreatif.

Melalui album ke-2 ini, muzik Queen menjadi lebih heavy metal dan hard rock, namun masih ada juga beberapa lagu yang berentak ballad dan rock opera.


Kejayaan Sulung

Pada 8 September 1974 Queen menerbitkan albumnya yg Ke-3 iaitu Sheer Heart Attack. Pada masa itu Queen berjaya meraih kejayaan buat kali pertamanya dan mereka menjadi begitu terkenal di peringkat antarabangsa melalui single "Killer Queen". Dalam album ini juga, terdapat lagu pertama hasil ciptaan John Deacon, iaitu Misfire.

Pada 1975 Queen meminta bantuan pada John Reid (Manager Elton John) untuk menguruskan ekonomi band Queen yang jadi semacam tidak menentu, akibat perselisihan faham antara band Queen dengan Label - Trident Studio.

Queen kemudiannya menerbitkan album keempat iaitu A Night at the Opera. Pada saat itu A Night at the Opera adalah album termahal yang pernah terhasil dalam sejarah industri muzik UK.

Pada tahun 2004, rakyat Inggeris telah memilih album ini sebagai album terbaik, menduduki di tempat ke -13 carta sepanjang masa United Kingdom.

Di sepanjang karier muzik mereka selama lebih dari 20 tahun, Queen telah berjaya menghasilkan keseluruhannya sebanyak 15 Album Penuh (LP).

Dan album terakhir band Queen adalah yang diterbitkan dalam tahun 1995, berjodol Made In Heaven.

Begitulah hebatnya perjalanan seni kumpulan Queen ini.

(R.I.P. Freddie Mercury 1946 - 1991)

Thats all dude..

OK.. dah lama rasanya aku tak bercerita.. maklumlah bulan ramadhan itu hari cuti sebulan dari berkarya.. hehe

aku akan sambung kisah-kisah silamku pada entri kali ini.. dan ianya mengenai tajuk "Satu Hari di Hari Raya".

Cerita ini terjadi sekitar pertengahan tahun 80an dulu, iaitu ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dekat bandar Kuala Terengganu.

Pada pagi raya, selesai sahaja menunaikan solat sunat aidilfitri, seperti kebiasaannya kami rakan-rakan sekampung (iskandar, nazli, yumie, azhar dan aku) akan melakukan aktiviti ziarah menziarah dan juga aktiviti ketuk mengetuk pintu rumah orang (walaupun rumah orang yang tak dikenali pun).. hihh hihh

Tujuan kami berlima sebenarnya hanyalah untuk mencari dan mengumpul seberapa banyak duit raya yang dapat (sambil-sambil makan kuih raya tu laa).. kihh kihh

Belum sempat balik ke rumah pun, terus selesai jer solat pagi tu kami semua cepat-cepat bergerak ke destinasi sasaran utama dan juga ke rumah-rumah pilihan, yang telah pun dirancang dalam bulan Ramadhan lagi.

Dah tentulah kebanyakkan nya adalah rumah orang kaya dan berpangkat yang akan jadi keutamaan kami kan!!

Rumah pertama pada hari tu, tak lain dan tak bukan, ke rumah Tok Penghulu Ketua Kampung la.

"Assalamualaikum tok... kami datang nak beraya nie..!!", laung aku memberi salam ke arah rumah tok penghulu.

Tak berjawab, senyap jer...

"Ehh.. takde orang ker Yus.. sunyi sepi je rumah ni..!!", Azhar menjampuk.

"Assalamualaikummmmmm", Nazli jugak turut memberi salam sekali lagi.

"waalaikumussallam.. Ohh datang nak beraya yer..!! tapi tok penghulu belum balik lagi.. ke kubur katanya tadi..", isteri tok penghulu ada kat rumah rupanya.

"Naik la dulu anak-anak, mehh makan apa-apa yang patut..", isteri tok penghulu mengajak kami naik ke rumah.

Tak berlengah lagi, kami terus redah masuk ke rumah tok penghulu.. ada juadah lemang dan rendang, ada ketupat dan sambal daging, ada sate dan nasi himpit, dan bermacam-macam kuih muih lagi sedia terhidang, disamping minuman jus air oren.. fuhh.. kami tibai secukupnya kat rumah pertama tu.

(gambar - contoh juadah raya di rumah Tok Penghulu)

Selang 10 minit kemudian, selesai mentekedarah (separuh dari hidangan kat atas meja rumah tu, 'clear' kami kerjakan.. hehe) kami pun nak mintak diri laa.

"eehh.. taknak tunggu tok balik dulu ke.. kejap lagi sampai la rumah tu..", isteri tok penghulu memberi cadangan pada kami.

"Err.. rasanya tak payah la makcik.. kami banyak rumah lagi nak gi ziarah nie (ziarah laa konon.. haah haah).. kirim salam jer lah", aku buat alasan untuk lekas-lekas beredar.

Seketika kemudian, makcik tu memberi kami semua seorang seringgit duit raya.. fuhh.. banyak tu.. gembira sakan kami.

Seterusnya kami ke rumah guru besar (dapat seringgit jugak), pas tu ke rumah pegawai polis, ke rumah pegawai kerajaan, ke rumah manager-manager (dapat la masing-masing 50sen).. sesudah itu banyak lagi lah rumah-rumah lain yang kami redah (entah kenal, entah tidak ke tuan rumah tu), janji kami tengok rumah tu besar dan juga rumah yang berpagar.. (strategi tu... kahh kahh kahh).

Akhirnya rasa-rasanya dah hampir 50 buah rumah kami beraya.. dah tak larat lagi, kami kepenatan.. dan kami pun berehatlah dekat wakaf di simpang masuk hujung kampung.

Sambil-sambil tu kira la duit raya.. wow! banyak jugak yang berjaya kami rembat sehingga jam 3 petang tu.. Masing-masing duit terkumpul berjumlah 35 ringgit tiap seorang.. fuhh!! dah kaya tu kalau ikut nilai pasaran zaman 80an tu.. huhuh.

(gambar - contoh duit raya yg kami dapat)

Kebetulan pulak betul-betul di hadapan wakaf kami berehat tu, kelihatannya kedai runcit Ah Meng masih beroperasi (beliau tetap berniaga, walaupun hari raya, Cina la katakan.. huhu).

Dan yang menjadi tarikan utama kami adalah mercun dan bunga api yang disusun berderet kat atas rak kedai runcit Ah Meng tu.. hihh hihh.

"jom.. kita sambar apa yang patut.. kasi ledak satu kampung..!!", iskandar dah tak sabar lagi.

Kami pun borong la dalam 20 ringgit mercun-mercun kat kedai Ah Meng tu (share seorang 4 ringgit).

Berdentum laa petang tu dengan bingitnya bunyian mercun ketupat, mercun bola, mercun lidi, mercun roket, mercun katak dan pelbagai lagi.. hihh hihh hihh.

Riuh rendah jadinya petang raya tu... dah masuk waktu asar pun, tapi kami masih leka lagi, tetap tak ingat nak balik ke rumah.. heheh.

Tiba-tiba kami ternampak ada seekor kucing jantan yang rupanya agak serabai tak terurus, sedang melalui kat tempat kawasan kami bermain.

Serentak dengan itu, tercetusnya idea yang datangnya dari Yumie.. "Apakata kalau kita dajjal kan kucing nie.. nak tak kawan-kawan..?", Yumie mula mencanangkan idea gilanya.

"Orait jugak tu Yumie.. jom kita tangkap beliau..", aku dan Iskandar pun mula mengepung kucing malang berkenaan.

Sejenak kemudian, kucing itu dah pun menjadi tahanan kami.. huhuh.

Apalagi.. kami ikat dan pasangkan mercun katak pada sebelah kaki kiri kucing malang tersebut ... dan seterusnya kami bakar sumbu mercunnya....

prangg.. boom.. pranggg.. boomm (kedengaran bunyi letupan mercun)...

Terlompat-lompat, terhenjut-henjut kucing itu ketakutan sambil bertempik mengeowww... haah haah haah haah..

(gambar - rupa mercun katak yg kami gunakan)

Rasa seronok pulak bila kami tengok aksi kucing tu terkinja-kinja, ala-ala menari gitu akibat bahana mercun katak.. kihh kihh

Berasap kepanasan kaki kucing malang tu kami kerjakan.. sakit la gamaknya tu.. timbul rasa kesian pulak di hati kami..

"ehh.. dah la tu geng, kang tak pasal-pasal mati pulak kucing ni kann..!", aku cuba nak lepaskan kucing yang kena dera tu.

Selepas dibukakan ikatan tali pada kucing tu, terus beliau melarikan diri dari kami sambil mengeowww dengan suara yang agak kuat, tanda protes terhadap kami (mungkin kucing tu dah sumpah seranah kami laa agaknya.. huh huh)

huhh.. kesian kat kucing tu... jadi mangsa dajjal geng-geng kami... memang tak patut kami aniaya dia tu kann..

(gambar - grafik kucing malang yg jadi mangsa kami)

betul la bak kata orang-orang tua.. jika kita menzalimi seseorang, kelak kita akan dapat balasannya juga.

memang benarpun... pulang jer ke rumah hampir menjelang maghrib lepas tu, aku dirotan oleh abah kerana dari pagi raya sampai ke petang baru nampak muka..

"Engkau ni takde rumah ke Yus, orang lain semua beraya dengan keluarga, yang kau ni sampai dah azan maghrib, baru nampak batang hidung.. huhhh", Abah memarahi aku, lalu ditenteramkan oleh ibu.

hishh.. berbirat la jugak belakang peha aku, terkena dua das libasan dari abah... adooi.. raya ke mana, aku pulak ke mana.. pedih kaki aku menahan kesakitan..

gamaknya.. itulah yang dirasai oleh kucing malang petang tadi tu kann.. huhuh

dan kini, kami benar-benar insaf dan menyesal akan kejadian di tahun 80an dulu tu..

tapi.. pada siapa harus kami minta maaf...?

masa dah pun berlalu pergi sekian lama, kucing malang tu kini dah tentu jadi arwah... mungkin pada generasi beliau yang lahir kemudiannya di tahun 2016 ini, yang selayaknya kami pohon maaf dengan cara berbakti kepada mereka... atas kekhilafan kami pada moyang mereka di suatu waktu di tahun 80an yang silam..

Sekian..

(moral of the story : jangan dianiaya makhluk Allah, mereka ada hak di bumi ini)

OK... now time's for the discography..

Jom kita layan Queen..

Zoom



Queen (1973)


















Queen II (1974)


















Sheer Heart Attack (1974)


















A Night at the Opera (1975)


















A Day at the Races (1976)


















News of the World (1977)























Jazz (1978)


















The Game (1980)


















Flash Gordon (1980) – OST


















Hot Space (1982)























The Works (1984)


















A Kind of Magic (1986)


















The Miracle (1989)


















Innuendo (1991)


















Made in Heaven (1995)























Queen Rocks (1997) - Compilations