Music Player

Showing posts with label Helloween. Show all posts
Showing posts with label Helloween. Show all posts

Tuesday, June 21, 2016

Discography Helloween


Helloween adalah band Power metal yang berasal dari Hamburg, Jerman. Band ini merupakan perintis kepada muzik European Power metal pada tahun 1980-an.

Sejarah tentang Helloween dimulai pada tahun 1978, di saat Kai Hansen (vokal/gitar) dan Piet Sielck (vokal/gitar) bermain dalam sebuah band bernama “Gentry” di Hamburg.

Sehinggalah pada tahun 1981, Gentry bertukar nama menjadi “Second Hell”, yang kemudiannya diterajui oleh Markus Groskopf (ex-Traumschiff) yang bermain bass dan Ingo Schwichtenberg yang bermain drum.

Setelah Sielck meninggalkan Second Hell untuk menjadi seorang sound engineer, Band ini kemudian ditukar nama sekali lagi menjadi “Iron Fist”.

Pada tahun 1982 Michael Weikath, seorang pemain gitar dari sebuah band tempatan “Powerfool”, pernah cuba bergabung dengan Kai dan bandnya, namun akhirnya beliau nekad memutuskan untuk bergabung terus dalam Iron Fist.

Pada tahun 1984, kemudiannya syarikat Noise Records telah mengajak band ini untuk ikut serta
dalam penghasilan kompilasi album “Death Metal”.

Sekian lama selepas itu, Iron Fist sekali lagi mengubah namanya menjadi “Helloween”, sebuah nama yang dicetuskan oleh Ingo Schwichtenberg, bersamaan dengan idea untuk menggantikan maskot lamanya dengan sebuah 'labu/pumpkin' dan juga untuk membuat projek labu ke arah lagu-lagu yang lebih agresif, yang mana kemudiannya akan menjadi ciri khas bagi kumpulan Helloween kelak.

Penghasilan pertamanya pada rakaman album “Death Metal” masih kurang baik, versi slownya “Metal Invaders” dan yang kedua adalah sebuah lagu yang ditulis Weikath untuk band Powerfool berjudul “Oernst Of Life”.

Pada tahun 1985 Helloween melancarkan mini album (EP) 5 Lagu Berjudul “Helloween”, yang disebut juga sebagai “the Mini-LP”, dan pada bulan oktober keluarlah “Walls Of Jericho” yang mengandungi “Metal Invaders” dalam versi yang sudah ditambah baik.

Kedua-dua rakaman tersebut diterbitkan oleh Harris Johns, dan kemudian diikuti pula dengan sebuah EP berjudul “Judas”, album ini dibuat khas bagi tujuan untuk menguji kemajuan studio “Horus” di Hamburg.

Helloween sudah dapat menarik perhatian para media dan mendapat sambutan yang positif, pada bulan November 1986, sewaktu live tour berlangsung untuk promosi rakaman ini, Hansen menyedari bahawa kemampuan vokalnya adalah terhad, untuk sebuah band yang mula melonjak naik.

Lebih-lebih lagi, dia merasakan terlalu kepenatan dengan live tour yang begitu panjang dan jadual yang begitu ketat, yang mana kesannya akan mengakibatkan suaranya semacam sudah tidak mampu untuk beliau kawal.

Mujurlah Ralf Scheepers (vokalis band Tyran Pace) akhirnya bersetuju untuk membantu bagi menamatkan live tour ini bersama dengan Helloween tetapi beliau tidak berminat untuk bergabung bersama band Helloween.

Untungnya, setelah live tour tamat, akhirnya mereka mendapat seorang penyanyi baru yang agak sempurna laungan vokalnya, dengan umur semuda 18 tahun bernama Michael Kiske (ex-Ill Prophecy).

Dan pada bulan Disember setelah merasa cukup berpengalaman, band Helloween merancang untuk membuat sebuah double-album, tetapi Noise Records, syarikat label mereka telah menolaknya mentah-mentah.

Yang mana kemudiannya album yang dikeluarkan pada tahun 1987, volume pertama dari sebuah konsep double album, “Keeper Of The Seven Keys Part I” yang diterbitkan oleh Tommy Newton/Tommy Hansen berjaya mendapat sambutan amat menggalakkan.

Helloween bahkan mendapat kejayaan di Amerika dan Jepun dan bahkan juga seperti sudah mempunyai para peminat yang begitu ramai.

Album sambungannya telah diedarkan pada tahun 1988 dengan tajuk “Keeper Of The Seven Keys Part II”, yang bahkan mejadikannya lebih cemerlang dari yang diduga.

Sebelum live tour bermula, Helloween menyewa seorang pemain keyboard bernama Ja’rn Ellerbrock sebagai pemain tetap selama acara live tour diadakan.

World Live Tour bertajuk “Pumpkins Fly Free” adalah konsert live terhebat mereka namun pada bulan Disember Kai Hansen meninggalkan band ini kerana masalah peribadi dengan ahli band yang lain.

Kai kemudian berpindah dan kemudiannya telah membentuk Band sendiri beliau bernama “Gamma Ray”.

Dibulan Januari 1989, Helloween menemukan gitaris baru bernama Roland Grapow (ex-Rampage) berasal dari Hamburg, yang ikut serta menyudahkan konsert live tournya hingga selesai.

Pada tahun yang sama juga, sebuah album live turut diterbitkan dalam beberapa jodol, iaitu, “Live In The U.K.” di Eropah, “I Want Out - Live” di Amerika dan “Keepers Live” di Jepun.

Agar keuntungan terus diperolehi, Noise record mengedarkan 2 album kompilasi lagi, iaitu, “The Best, The Rest, The Rare” dan “Pumpkin Tracks” pada tahun 1989.

Lama kelamaan Helloween mula memahami bahawa band mereka ini telah di pergunakan oleh Noise Records dan akhirnya kumpulan ini memutuskan untuk berpindah ke Label EMI pula.

Noise Records juga dilihat cuba untuk memburuk-burukkan band Helloween dengan berdalih mengatakan bahawa Helloween sememangnya sengaja memutuskan kontrak.

Helloween kemudiannya memenangi kes samannya ke atas Noise Records di perbicaraan rendah tetapi mendapat kekalahan kes di pengadilan tertinggi.

Helloween tidak dibenarkan lagi untuk menerbitkan album lagu-lagu mereka sendiri, melainkan setelah mendapat keizinan dari Noise Records.

Hal ini meninggalkan banyak pertanyaan kepada para peminat di Eropah mengenai apa yang sebenarnya terjadi dengan kumpulan Helloween ini.

Akhirnya pada tahun 1991 single “Kids Of The Century” untuk album baru telah diriliskan, yang mengandungi sebuah pesanan dari band ini tentang proses penggantungan karier mereka selama hampir 3 tahun dan kenapa mereka tidak dapat menerbitkan album baru mereka selama kes undang-undang saman ini masih berkuat kuasa.

Album pertama bersama Roland Grapow (gitaris), “Pink Bubbles Go Ape”, menjadi begitu popular tetapi tetap tidak dapat untuk menyaingi album sebelumnya.

Dek kerana itu, hampir seluruh kesalahan ditujukan kepada produser Chris Tsangarides mengenai hal penerbitan dan mixingnya, tetapi dalam hal ini penulisan lagu juga tidak pula difokuskan. Namun begitu, album ini pun masih tetap memiliki beberapa lagu yang sangat bagus dari semua sudut.

Masalahnya tidak berakhir di situ sahaja, malah masih ada lagi isu lain yang semakin memuncak iaitu konflik dalaman anggotanya, di satu pihak telah memihak kepada Kiske/Schwichtenberg
dan di pihak lain pula, menyokong Weikath/Grapow.

Weikath cuba mengajak temannya Andi Deris, vokalis dari sebuah Band bernama 'Pink Cream 69', untuk bergabung bersama Helloween, tetapi Andi tidak mahu meninggalkan band lamanya.

Kerana permasalahan mereka yang cukup besar itulah, Helloween takut akan menemui kegagalan kelak, lalu mereka segera melancarkan album “Chameleon” di awal tahun 1993, yang mana dilihat seperti sebuah album reunion melalui hasil usaha penerbit lama mereka Tommy Hansen, tetapi album ini pun malah tidak mendapat kejayaan sama sekali.

Pendek kata, album yang kurang bagus dan tidak banyak lagu yang berkualiti, hal ini menyebabkan Helloween kehilangan peminat untuk seketika.

Dan untuk beberapa peminat lainnya pula, mungkin mereka dapat menerima genre muzik baru Helloween yang mula bertukar arah menjadi mainstream rock, tidak seperti irama muziknya yang sebelum ini.

Penampilan yang sekadar bagai melepaskan batuk di tangga pada live tour mereka, jelas memperlihatkan ketegangan yang sedang memuncak dalam band mereka kala itu.

Sebelum konsert tour ke Jepun, pemain drum mereka Schwichtenberg mengalami masalah dalam penyalah gunaan dadah terlarang, dan kemudian digantikan oleh pemain drum baru bernama Richie Abdel-Nabi.

Yang lebih parah lagi, Helloween akhirnya dipecat oleh EMI Records dan ditamatkan kontrak mereka serta merta.

Setelah berakhirnya live tour pada bulan Disember 1993, Abdel-Nabi disingkirkan dari posisinya yang mana merupakan keputusan sebulat suara ahli band bahawa dia tidak sesuai untuk posisi selaku pemain drum Helloween.

Ketegangan bertambah parah dan semakin panas, dan 2 minggu berikutnya sebelum proses rakaman album baru, Helloween telah memecat Kiske, dan untuk seterusnya Band ini sepertinya tidak ingin bergabung lagi (umpama telur di hujung tanduk) bahkan di lain waktu pula, Weikath ada menghubungi Deris untuk kali keduanya dan cuba meyakinkan dia untuk mengambil posisi sebagai vokalis baru Helloween.

Pada masa itu Band 'Pink Cream 69' agak kurang menyerlah, akhirnya Deris memutuskan untuk mengambil peluang keemasan ini.

Dan kemudiannya pada bulan Januari 1994, Helloween mengajak pula Uli Kusch (ex-Axe La Chapelle/Gamma Ray) untuk menjadi pemain drum baru mereka dan juga perpindahan kontrak Helloween ke Label Castle Communications.

Selama masa penerbitan untuk album seterusnya, Helloween di era baru ini merasakan yang mereka harus bangkit lagi seperti di awal kemunculan mereka (merujuk pada album Keeper 1 & 2) dan jangan jadi seperti album yang terakhir, yang hampir saja menenggelamkan band ini.

Mereka tahu jika dalam album yang baru ini tidak mendapat kejayaan dan menemui kegagalan, maka berkemungkinan besar band Helloween akan dibubarkan.

Hal ini membuatkan para wartawan di sidang media amat terkejut dengan keputusan mereka ini, mujurlah album “Master Of The Rings” telah meledak dalam waktu yang singkat dan Helloween
dapat kembali bangkit dengan kekuatan lama mereka.

Andi Deris juga membuktikan bahawa dia merupakan orang yang paling layak untuk menggantikan tempat Kiske.

Hampir setahun sudah album ini berjaya dirilis di Amerika dengan tambahan lagu bonus berisi lebih dari 7 lagu, selain untuk merayakan hal kejayaan bagi album ini.

Tetapi pada tanggal 8 Mac 1995, sebuah tragedi telah berlaku di mana bekas pemain drum Helloween ‘Ingo Schwichtenberg’ membunuh diri di Hamburg.

Helloween mendedikasikan album baru mereka kemudiannya untuk Ingo melalui album “The Time Of The Oath”, yang diterbitkan oleh Tommy Hansen dan dirilis pada tahun 1996, album ini diambil berdasarkan sebuah catatan dari Nostradamus (sasterawan ilmiah zaman silam).

Selama World Live Tour sekeliling dunianya berjalan, para peminat mula meraikan akan kembalinya band Helloween ke persada muzik antarabangsa sehingga kumpulan ini menjadi top 10 di Eropah.

Kurang dari enam bulan kemudiannya, album live “High Live” dilancarkan, yang telah pun dirakam pada sekitar siri jelajah konsert di Itali dan Spain.

Majalah Jepun “BURRN” juga turut menobatkan Helloween sebagai band terbaik pada tahun 1996.

Tahun 1998 dimulai dengan pelancaran box set berisi 4 cd berjodol “Pumpkin Box” di Jepun, yang merupakan sebuah hadiah untuk para koleksi tegar Helloween (kandungannya berisikan lagu-lagu terbaik Helloween dan juga turut dimuatkan beberapa sessi interview).

Pada tahun ini juga, Helloween menghasilkan album ketiga mereka dengan format baru, “Better Than Row” yang menunjukan keinginan band ini untuk mengambil risiko sebagai album yang menggabungkan elemen baru dengan gaya Helloween tradisi lama.

Band ini turut mengadakan konsert nya dengan menjadi band pembukaan untuk konsert Iron Maiden. Pada tahun 1999, Helloween berhasrat untuk memulai penerbitan rakaman album baru, tetapi mereka masih terikat dengan kontrak untuk rakaman satu album lagi, bagi Label Castle Communications.

Selain melancarkan album terbaik dipasaran, mereka juga telah merilis “Metal Jukebox”, iaitu
sebuah album cover yang berisikan Rock, Pop dan klasik metal band-band yang pernah menjadi idola mereka dimasa silam.

Lalu pada tahun 2000, demi untuk mendapatkan promosi yang lebih baik, Helloween menandatangani kontrak dengan Nuclear Blast Records.

Helloween merilis “The Dark Ride” yang dihasilkan oleh Roy Z/Charlie Bauerfeind, sebuah album yang sama sekali berbeza dengan album-album sebelumnya, untuk album ini banyak sekali penampilan seni kerja-kerja gitarnya dan ditambah pula dengan sisi karakter yang penuh dengan kegelapan.

Namun hubungan di antara ahli band mulai mengalami keretakan, yang mana Michael Weikath sangat menentang dengan perubahan genre yang drastik ini.

Pergaduhan mulai tercetus sesama mereka, iaitu antara Weikath dengan Roland Grapow dan Uli Kusch, mengenai arah tuju muzik yang sebenarnya mereka inginkan untuk Helloween.

Weikath kemudian merungut dimana beliau tidak diajaknya untuk ambil bahagian dalam produksi album ini.

Dan di satu sisi lain pula, Weikath turut menawarkan diri untuk meninggalkan band Helloween bagi memulai satu projek baru.

Tetapi Groskopf dan Deris tidak mahu hal ini terjadi, di mana pada dasarnya Weikath merupakan pemimpin di mata peminat dan jika tanpa dia, Helloween tidak akan jadi Helloween seperti sekarang.

Selain mereka berdua (Groskopf dan Deris) yang inginkan arah tuju muzik mereka seperti album-album yang lalu, di lain pihak pula iaitu Grapow/Kusch ingin tetap maju ke arah perubahan muzik baru ala-ala “The Dark Ride”.

Akhirnya dalam waktu terdekat, pada tahun 2001 setelah berakhirnya live tour, mereka bertanyakan Grapow/Kusch samada ingin keluar dari Band Helloween.

Alasan rasminya adalah kerana mereka (Grapow/Kusch) terlalu banyak menumpukan perhatian bagi projek album solo mereka.

Akhirnya sudah jelas bahawa “The Dark Ride” adalah album yang gagal, dengan penjualan terburuk setelah album “Chameleon”, dan ini tentu saja bukan seperti yang diharapkan oleh Nuclear Blast mengenai kontrak mereka dengan Helloween.

Mark Cross (ex-Metalium) kemudiannya bergabung dengan Helloween, untuk menggantikan Uli Kusch pada posisi Drummer dan masih meninggalkan tanda tanya tentang siapa pula yang akan mengisi posisi sebagai Gitaris.

Sementara itu, Kusch dan Grapow melengkapkan album “Masterplan”, sebuah projek yang memang mereka impikan untuk format full band mereka.

Setelah cubaan untuk mengajak Henjo Richter (Gamma Ray) untuk bergabung ke Band Helloween menemui kegagalan, maka Michael Weikath akhirnya mengikut saranan yang diberikan oleh produser Charlie Bauerfeind, dan mereka menghubungi Gitaris Sascha Gerstner (ex-Freedom Call).

Percubaan ujibakat dengannnya di Studio Tenerife menunjukkan, bahawa dia adalah pilihan yang tepat sebagai gitaris dan juga sebagai ahli band yang baru, dan juga untuk posisi yang mungkin dapat bertahan lama.

Helloween kemudiannya bercadang untuk menerbitkan album baru mereka. Malangnya pada tahun 2003, tepat diawal proses rakaman, Mark Cross disahkan terkena jangkitan mononucleosis, sejenis penyakit yang mengakibatkan sakit pada organ tubuh dan ini memaksa beliau untuk tidak melakukan aktiviti rutin selama ini.

Kerana Cross tidak dapat melanjutkan tugasannya sebagai drummer, Helloween kembali kepada Mikkey Dee (Motorhead, ex-King Diamond) untuk menolong mereka.

Mereka memilihnya memandangkan Mikkey dikenali ramai sebagai pemain drum yang sangat berbakat dan yang lebih penting lagi bahawa penggantian ini sememangnya bertepatan, tetapi dengan sedikit perbezaan trend muzik.

Proses rakamannya berjalan lancar, tetapi akhirnya Helloween pun harus menyedari bahawa pihak insurans tidak dapat membantu klien mereka iaitu Cross, kerana penyakitnya tidak akan sembuh dengan cepat dalam waktu 2 tahun terdekat ini.

Mereka akur dan terpaksa mencari pemain drum pengganti, kerana mereka didesak oleh pihak pengurusan Label untuk segera merakamkan beberapa lagu lagi bagi melengkapkan side-B nya.

Helloween kemudian mengundang Stefan Schwarzmann (ex-Accept, ex-UDO), merupakan seorang pemain drum yang dikenali Weikath pada tahun 80an lagi, rakaman dijalankan di studio milik Groskopf dan mereka merakam sesi drumnya.

Hal ini memperlihatkan bahawa Schwarzmann berkeinginan dan begitu berminat untuk bergabung dalam band Helloween.

Setelah itu, Album “Rabbit Don’t Come Easy” yang diproduserkan oleh Charlie Bauerfeind dirilis pada bulan Mei 2003.

Jodol ini diberikan untuk menunjukkan bahawa band ini kembali semula ke zaman yang lebih baik (“happy”), sebagai ungkapan bahawa betapa sinonimnya pelancaran sebuah album jika dibandingkan dengan pertunjukkan silap mata mengeluarkan sang arnab dari dalam topi.

Pada bulan Julai 2003, Helloween bersiap-siap di Hamburg, bagi mempersiapkan live tour keliling dunia terhebat mereka.

Sejak awal konsert dibulan september lagi, para peminat di seluruh dunia mengalu-alukan penampilan Helloween, yang semakin lebih baik dari sebelumnya.

Tampak sepertinya ada tanda bahawa penambahan ahli-ahli baru ini akan berjalan dengan lancar. Di bulan Oktober 2004, Helloween memulakan pasca produksi bagi album baru mereka.

Di bulan Februari 2005, Schwarzmann dan Helloween mulai mengalami krisis ketidak serasian. Selama masa live tour barulah dapat dihidu oleh mereka dan juga oleh seluruh ahli band tentang perbezaan ketara, semacam tidak ada kesefahaman antara mereka.

Schwarzmann memutuskan untuk tetap membantu Helloween selama masa produksi sehingga ditemukannya pengganti iaitu Dani Loble, bekas pemain drum RAWHEAD REXX yang merupakan orang yang paling sesuai untuk band Helloween.

Sudah terdengar gossip bahawa Helloween akan menerbitkan lanjutan dari dua album legendaris Keeper’s, hinggalah sampai saatnya pada bulan Jun, Helloween mengesahkan perilisan “Keeper Of The Seven Keys - The Legacy”.

Single pertama berjudul ” Mrs. God” dilancarkan pada tanggal 4 julai di Asia Tenggara, diikuti pengedaran ke seluruh dunia pada tanggal 5 September.

Pada tanggal 31 Oktober 2005, Helloween mengedarkan sepenuhnya album berjudul “Keeper of The Seven Keys - The Legacy”.

Album ini berjaya memberi sentuhan yang luar biasa terhadap band ini dan dapat diterima dengan baik serta terjual ke seluruh dunia dalam masa yang singkat.

Kejayaan album ini dan live tour yang berterusan begitu hebat dan band ini juga turut meriliskan sebuah DVD live kombo serta CD live Kombo.

Pada tahun 2007, bagi menyambut dua tahun kejayaan mereka, Helloween akhirnya meriliskan CD Live Kombo berjodol “Keeper Of The Seven Keys - The Legacy World Tour 2005/2006 - Live In Sao Paulo” dan DVD Live Kombo berjudul “Keeper Of The Seven Keys - The Legacy World Tour 2005/2006 - Live On 3 Continents”.

Setelah berjaya dengan rilisan sekuel ketiga dari siri "Keeper of The Seven Keys", maka dibulan Oktober 2007 Helloween merilis kembali album penuh LP ke 13 mereka yang bertajuk "Gambling With The Devil".

Dan seterusnya dilanjutkan pula dengan konsert jelajah satu dunia yang bertajuk ”Hellish Rock - world tour 07/08” bersama Gamma Ray yang dimulai pada awal November 2007.

Sehingga kini Helloween telah menghasilkan sebanyak 16 album, dan yang terakhir diedarkan adalah pada tahun 2015, berjodol 'My God-Given Right'.

Berikut adalah line-up terkini Helloween :-

Andi Deris – Vocals (1993-sekarang)
Michael Weikath – Guitar (1984-sekarang)
Sascha Gerstner – Guitar (2002-sekarang)
Markus Grosskopf – Bass (1984-sekarang)
Daniel L̦ble РDrums (2005-sekarang)

Semoga Helloween akan terus berjaya dalam karier mereka.. Hidup Helloween

Sekian.

Sekarang mari kita saksikan discography Helloween..

jom zoom ke arena..



Walls of Jericho (1985)














Helloween (1985) - EP














Keeper of the Seven Keys: Part I (1987)













Keeper of the Seven Keys: Part II (1988)














Kids of the Century (1991) - singles













Pink Bubbles Go Ape (1991)














Chameleon (1993)














Mr Ego_Take Me Down (1994) - EP














Master of the Rings (1994)














The Time of the Oath (1996)













Better Than Raw (1998)













Metal Jukebox (1999)















The Dark Ride (2000)















Rabbit Don't Come Easy (2003)














Keeper of the Seven Keys: The Legacy (2005)















Gambling with the Devil (2007)















Unarmed - Best of 25th Anniversary (2009)














7 Sinners (2010)















Straight Out of Hell (2013)















My God-Given Right (2015)