Music Player

Showing posts with label Fotograf. Show all posts
Showing posts with label Fotograf. Show all posts

Saturday, June 25, 2016

Discography Fotograf


Kumpulan Fotograf merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Ditubuhkan pada 1987, kemunculan Fotograf sebagai artis rakaman di tengah-tengah kehangatan irama rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan Mega, XPDC, Ekamatra, Gamma dan Ariwatan.

Fotograf menghasilkan album pertama mereka berjudul Iramanya Menggetar pada tahun 1989. Kejayaan album itu membuka peluang kepada mereka untuk menghasilkan lima lagi album penuh iaitu 7:30 Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Di Alam Fana Cinta, Ke Pintu Kasihmu, Luka Seribu Rindu dan Janji Kasih.

Anggota asal Fotograf terdiri dari :-

1) Shamrin (Vokalis) - meninggal dunia pada 2010
2) Ringgo (Drum) - anggota asal yang kekal
3) Amran (Bass) - sehingga album kedua sahaja
4) Shahrul (Gitar) - sehingga album ketiga sahaja
5) Said (Bass) - bermula album ketiga
6) Almi (Gitar) - bermula album ketiga

Gitaris, Almi telah menyertai Fotograf untuk album ketiga menjadikan anggota mereka berjumlah lima orang. Namun pada tahun 1993, krisis dalaman berlaku menyebabkan Shahrul, Said dan Almi meninggalkan Fotograf.

Kemudian hanya dengan dua anggota asalnya Shamrin dan Ringgo, mereka meneruskan usaha kumpulan Fotograf selanjutnya.

Bermula tahun 1994 hingga 1997, penerbitan album-album Fotograf dibantu oleh tiga pemuzik undangan. Mereka ialah Opie selaku pemain gitar, Rawita sebagai pemain bass dan Eddie di posisi keyboard.

Opie dan Rawita merupakan bekas anggota kumpulan Bloodshed manakala Eddie merupakan bekas anggota kumpulan Ekamatra yang kemudiannya menyertai kumpulan Slam.

Pemain drum Fotograf, Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela pada 25 November 2007 atas dakwaan menyeludup dadah jenis kokain seberat 4.6 kilogram dari Caracas ke Madrid, Sepanyol.

Sewaktu ditahan, Ringgo yang juga seorang pelukis dan komposer lagu mahu berlepas pulang ke Malaysia. Beliau bersama seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawa oleh Ringgo mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram.

Ekoran itu, Ringgo yang ketika itu berusia 42 tahun ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran manakala rakannya itu dilepaskan. Venezuela tidak melaksanakan hukuman mati untuk pengedar dadah tetapi jika sabit kesalahan, Ringgo boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Bagaimanapun pada tahun 2011 akhbar Harian Metro telah melaporkan bahawa Ringgo kini sudah tidak lagi ditahan di penjara kerana selepas perbicaraan, pihak berkuasa Venezuela mendapati ada unsur-unsur penganiayaan terhadapnya.

Berikutan itu mereka memutuskan Ringgo dikenakan parol selama dua tahun di mana beliau perlu melaporkan diri kepada pihak berkuasa di sana sekali dalam sebulan.

Vokalis Fotograf, Shamrin meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 6 petang 11 November 2010 di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Allahyarham yang ketika itu berusia 45 tahun rebah ketika bermain bola sepak pada perlawanan persahabatan antara artis dan sebuah syarikat insurans di Padang Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di Kampung Baru pada kira-kira pukul 5.30 petang hari tersebut.

Allahyarham Shamrin meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung serta tiga orang anak (termasuk seorang anak dari perkahwinan pertamanya dengan bekas isteri). Balu Allahyarham melahirkan anak bongsu mereka kira-kira tiga minggu selepas pemergiannya.

Nama Fotograf terus berkubur lantaran ketiadaan kedua-dua anggota asalnya (Shamrin & Ringgo) yang tidak pernah pun meninggalkan kumpulan ini.

Walaupun band Fotograf telah pun tiada kini, tetapi memori yang ditinggalkan oleh mereka akan terus dikenang. Jasa Shamrin bersama kumpulan Fotograf akan segar subur dalam ingatan remaja-remaja yang pernah membesar di zaman kegemilangan era rock kapak suatu masa dahulu.

Tiada lagi Shamrin.. dan tiada lagi Fotograf.. tetapi iramanya akan terus menggetar..

Sekian, wassalam..

Jom kita layan discography band ini.. zoom..



1989 - Iramanya Menggetar














1990 - 730 Psikosis














1992 - Fotograf '92












1994 - Fantasi













1995 - Fokus














1997 - Juara Mimpi










2002 - Shamrin (Album Solo)







info cover : credit to mastercomp, akubudakpenang, shahmyra, cromirama