Music Player

Showing posts with label Duran Duran. Show all posts
Showing posts with label Duran Duran. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

Discography Duran Duran

Duran duran dah memang sebati dgn jiwaku sedari kecil lagi.. ia boleh dianggap bagaikan soundtrack kehidupan bagi diriku.. lagu-lagu seperti, 'union of the snake', 'wild boys' dan 'hungry like a wolf'', yg mana senikatanya dah senantiasa menjadi siulan di bibirku..

dan cerita hari ni, aku nak kongsi bab tajuk 'balik kampung'..

ya..!! ungkapan 'balik kampung'.. cukup sinonim dgn masyarakat malaysia amnya, dan bangsa melayu khasnya.. budaya ini selalu dikaitkan dgn musim perayaan..

seperti sambutan hari raya puasa, hari raya haji, tahun baru cina, deepavali dan juga perayaan krismas..

kebiasaanya sewaktu musim sebegini, kebanyakkan jalanraya akan dibanjiri dgn pelbagai kenderaan..

dan adakalanya akan mengakibatkan 'traffic jam' @ kesesakkan lalulintas yg begitu teruk.. itulah lumrah yg perlu kita hadapi saban tahun..

dan peristiwa yg ku alami ini, terjadi sekitar tahun 1980an.. masa tu aku masih kanak-kanak (bersekolah rendah), belum akil baligh lagi..

kami sekeluarga, iaitu abah, ibu, nenek, 2 orang adik dan juga aku.. dalam rangka lawatan untuk menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai di kampung..

abah memandu kereta 'datsun 120y' (antik kereta ni.. sekarang takde jual dah, yang sedia ada pun mungkin dah boleh jadi besi buruk.. kih kihh!!)

jarak perjalanan kami takde laa jauh sangat pun, iaitu dari kuala terengganu ke kota bharu, lebih kurang 3 jam masa diambil untuk tiba ke destinasi..

kami bertolak pada jam 10 pagi.. lalulintas pada hari itu, begitu lancar dan disepanjang perjalanan, bermacam kerenah dapat kami saksikan.. ragam penduduk setempat & orang ramai yg lalu-lalang dipersekitaran jalan..

ada yg sedang berniaga, ada yg tengah lepak2 sambil main gitar, ada juga yg sibuk kat bendang uruskan sawah padi.. dan ada pula yg sedang membersihkan halaman rumah..

sejam kemudian, abah berhentikan keretanya di sebuah restoran.. "ok..!! kita rehat kejap, makan minum dulu yer", ujar abah ku..

nenek menjampuk,"taknakk.. mak taknak turun laa, duk dlm kereta jer.. nanti tolong belikan teh panas bungkus satu!!"

aku tanya kat nenek,"nek tak lapar ke.. tak nak makan?".. "kenyang lagi nie yus!!.. sebelum bertolak tadi, nek dah makan kat rumah", jawab nenek..

kami semua turun berehat sekejap dekat restoran tu, melainkan nenek jer..

selesai mengalas perut, abah memulakan kembali perjalanan.. kali ini, abah ambil jalan pintas utk menjimatkan masa..

jalan yg dilalui kini sungguh asing bagi kami.. dipenuhi dgn pokok kelapa sawit yg berderet di sepanjang jalan.. agak lengang jalan ni, dan cuma kelihatan, dua tiga buah kereta jer yg berselisih dgn kami.. hanya bunyi kaset yg memecah kesunyian, sayup-sayup kedengaran lagu "the reflex", dendangan Duran Duran (abah tak minat pun, tapi aku jer berdegil nak pasang.. kihh kihh!!)

sedang memandu, abah ada potong laa sebiji kereta toyota kat depannya, yg dipandu agak perlahan..
(abah memang suka bawak kereta laju-laju, nak hilangkan mengantuk katanya..)

nak jadi ceritanya, kereta toyota tadi tiba2 memecut deras dan potong kereta abah balik..

kemudian drivernya mengarahkan abah supaya berhenti kat tepi jalan.. abah kehairanan, begitu jugak dgn kami semua..

"kenapa dia suruh kita berhenti pulak, bang", soal ibuku pada abah..

"entahlah.. mungkin diorang nak tanya arah jalan kot.. sesat laa tu", abah cuba jelaskan..

setelah kereta berhenti, keluarlah 2 orang pemuda dari kereta toyota berkenaan, mereka bergegas ke arah kereta kami..

abah masih dalam kereta, tak keluar pun dia..

salah seorang dari mereka terus hulur kepala kat tingkap kereta abah dgn muka yg agak serius.. abah tanya dia, "yer!! encik.. ada apa..?

langsung tidak dijawab.. tup-tup.. dia cuba nak merampas kunci kereta abah yg dekat stereng tu..

sepantas kilat abah menepuk tangan orang tu, lalu abah keluar dari kereta..

terkejut juga orang tu dgn tindakan berani abah tadi.. dia cuba nak melawan, malah 3 orang lagi kawan2 dia yg tengah standby dalam kereta toyota turut keluar.. maka tahulah abah, bahawa geng-geng diorang ni adalah samseng jalanraya (road bully)..

cepat-cepat abah keluarkan kad kuasa polisnya dan tunjuk pada samseng-samseng berkenaan, "Saya polis.. awak semua jangan nak buat hal pada kami"

samseng2 tu mula memperlahankan rentak mereka yg agak agresif tadi.. mereka akhirnya akur pd abah.. dan terus meminta maaf..

tapi abah tak puas hati.. dibukanya bonet kereta, lalu abah ambil parang utk menakutkan samseng2 berkenaan.. "hah.. masuk!! kalau korang rapat, aku libas..", gertak abah..

dan sekali lagi mereka meminta maaf..

cehh!! baru tahu takut samseng tahi minyak tu.. seketika kemudian mereka mula berlalu pergi meninggalkan kami..

fuhh..!! lega.. mujurlah abah mempunyai jiwa, bak seorang satria.. kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi dgn nasib kami semua tadi..

tahniah kepada abah, atas semangat kepahlawanan yg telah ditunjukkan (itu belum buka bunga silat lagi tuh.. hehe!!)

dan bagi aku.. korang nak cakap apa pun.. cakaplah, aku tak heran.. (batman ke, superman ke, spiderman ke, hatta cicakman sekalipun.. tetap tak boleh nak challenge dgn abah ku.. kih kihh kihh!!)

kalau ditanya, siapakah wira sejati ku..? dialah, superhero yg sebenar-benarnya.. tak lain tak bukan (the one & the only).. abah ku!!

Al-Fatihah untuk arwah abah (1950-2006)

(moral of the story : patuhilah undang2 jalanraya, dan jangan sampai jadi samseng jalanraya)

ok guys.. go to the diskografie..



1981 - duran duran













1982 - rio











1983 - seven and the ragged tiger













1984 - arena


















1986 - notorious











1988 - big thing














1990 - liberty












1993 - duran duran (the wedding album)























1995 - thank you

















1997 - meddazzaland



























2000 - pop trash



















2004 - astronaut















2007 - red carpet massacre
















2010 - all you need is now














2015 - paper gods