Music Player

Tuesday, September 27, 2016

Discography Celtic Frost


Celtic Frost adalah sebuah band extreme metal yang berasal dari Zurich, Switzerland. Mereka juga turut dikenali sebagai pengamal genre gothic metal. Kumpulan ini mula aktif sekitar tahun 1984-1993, kemudian menyepi. Dan kembali dibentuk semula pada tahun 2001. Sesudah itu Tom Gabriel Fischer (frontman Celtic Frost) telah memutuskan untuk membubarkan kumpulan ini pada tahun 2008.


Ahli utama Celtic Frost, Tom Gabriel Fischer @ Tom Warrior (vokal / gitar)  bersama-sama dengan Steve Warrior (bass) dan Pete Stratton (drum), telah membentuk salah sebuah band metal paling ekstrim ketika itu yang dikenali dengan nama 'Hellhammer' pada tahun 1982.

Steve Warrior kemudian telah keluar lalu digantikan oleh Martin Eric Ain (bass). Band Hellhammer ini telah menandatangani kontrak dengan labels Noise Records dan merakamkan EP pertama mereka yang bertajuk 'Apocalyptic Raids' (1984). Tetapi malangnya pada bulan Mei 1984, band Hellhammer telah dibubarkan.


Kemudian Fischer dan Eric Ain, bersama-sama dengan drummer Stephen Priestly, telah bergabung kembali atas nama kumpulan Celtic Frost. Dan hasilnya pada bulan November tahun 1984 LP pertama mereka, 'Morbid Tales' berjaya diterbitkan. Menyusul selepas itu adalah rakaman EP berjudul 'Emperor's Return' (1985). Pada kali ini tempat pemain drum telah diambil alih oleh Reed St Mark bagi menggantikan Stephen Priestly yang telah pun keluar dari Celtic Frost.

Album kedua Celtic Frost diriliskan pada penghujung tahun 1985 yang bertajuk 'To Mega Therion'. Artwork cover untuk album mereka kali ini telah menimbulkan sedikit kontroversi, kerana menampilkan gambar 'Fischer yang sedang berada di dalam genggaman Syaitan'. Cover yang diberi jolokkan 'Satan I' ini adalah hasil rekacipta dari H.R. Giger, telah mendapat bantahan keras dari gereja katholik di Eropah.


Diikuti pula pada tahun 1986, EP ke-2 Celtic Frost dengan judulnya 'Tragic Serenades'. Genre Celtic Frost untuk EP ini telah berubah ke arah Death / Black Metal, hasil dari pengaruh kumpulan Venom yang begitu popular di Eropah saat itu.

Pada tahun 1987 pula mereka terus aktif bergerak melalui album ketiga 'Into The Pandemonium'. Di album ini kelihatannya banyak lirik-lirik lagu mereka dipetik berdasarkan pada transkrip sastera hasil karangan dari Emily Bronte (sasterawan tersohor Eropah).

Setelah itu kumpulan Celtic Frost menyepi seketika, apabila Martin Eric Ain (bass) mengambil keputusan untuk meninggalkan band ini atas masalah peribadi.


Enam bulan kemudiannya, Fischer memutuskan untuk mereformasi band Celtic Frost menjadi empat orang ahli, dengan Stephen Priestly kembali pada drum, Oliver Amberg pada gitar ke-2 dan Curt Victor Bryant pada posisi bass. Dan terhasillah album ke-4 mereka yang bertajuk 'Cold Lake' pada bulan September 1988. Malangnya album ini gagal di pasaran, dan telah dianggap oleh ramai karyawan seni sebagai 'Album Terburuk Celtic Frost Sepanjang Zaman'.

Padahnya selepas itu, Oliver Amberg telah dipecat dan posisi gitar ke-2 telah diambil alih oleh Curt Victor Bryant. Tempat pemain bass telah diisi semula oleh Martin Eric Ain, bersama-sama dengan drummer asal mereka, Stephen Priestly. Dan pada April 1990 album ke-5 bertajuk 'Vanity / Nemesis' berjaya diterbitkan. Dalam album ini, Celtic Frost turut merakamkan kembali lagu cover 'David Bowie' (Heroes) yang pernah popular sekitar tahun 1977 dahulu.

Perubahan yang paling ketara bagaimanapun, adalah kembalinya bassis asal mereka, Martin Eric Ain.
Tetapi reputasi Celtic Frost tidak sepenuhnya pulih. kerana kumpulan mereka ini sebenarnya sedang berada diambang perpecahan. Akhirnya Celtic Frost dibubarkan secara rasminya pada tahun 1993.


Dalam tahun 2001, hasil sepakat dari Fischer dan Eric Ain, mereka bercadang untuk melakukan reunion kumpulan Celtic Frost. Maka untuk melengkapkan kembali kumpulan Celtic Frost, mereka perlu mencari ahli-ahli yang baru. Dan akhirnya mereka menemui Erol Uenala (gitar ke-2) bersama Franco Sesa (drummer).

Beberapa tahun kemudiannya, iaitu pada tanggal 30 Mei 2006, album ke-6 Celtic Frost berjudul 'Monotheist', telah dikeluarkan untuk pasaran. Album mereka kali ini telah berjaya mendominasi Carta Terrorizer di tangga ke-2, dan turut dinobatkan sebagai 'Album Terbaik Dekad Ini'.


2 tahun selepas itu, dengan tidak semena-mena Fischer telah mengumumkan pengunduran dirinya dari Celtic Frost pada 9 April 2008, dengan mesej yang cukup jelas dipaparkan di laman web rasmi band Celtic Frost. Tetapi perkara ini telah disangkal oleh Bassis, Eric Ain. Beliau menyatakan bahawa band ini masih lagi hidup, walaupun seperti dalam keadaan koma.

Tidak lama sesudah itu, Eric Ain akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Fischer, dan beliau juga menjelaskan bahawa tidak akan ada lagi Celtic Frost selepas ini. Ujar Eric Ain lagi, "tidak akan masuk akal tanpa Fischer, kerana Celtic Frost itu sendiri adalah Fischer".

Line-up terakhir Celtic Frost adalah seperti berikut :-

Thomas Fischer - vokal & gitar utama
Martin Eric Ain   - bass
Erol Uenala        - gitar ke 2
Franco Sesa       - drums


Sementara itu Fischer sendiri telah membentuk sebuah band baru bernama 'Triptykon', bersama-sama dengan gitaris V Santura, drummer Reed St Mark, beserta bassis Vanja Slajh.

Dan sehingga berita ini ditulis Fischer bersama dengan band Triptykon, telah menghasilkan 2 buah album penuh (LP).


Begitulah kisahnya berkenaan dengan kumpulan Celtic Frost ini, yang semacam tiada kesudahan akan kumpulan mereka ini. Ditinggalkan sendirian tanpa nakhoda oleh peneraju asal mereka, Thomas Gabriel Fischer. Perumpamaan yang boleh disimpulkan di sini adalah, kumpulan Celtic Frost belum lagi pupus, cuma mereka koma untuk satu jangka masa yang tidak dapat ditentukan selama mana.

Hanya Fischer dan Eric Ain sahaja yang tahu akan kesudahan nasib kumpulan Celtic Frost ini, samada masih relevan atau sebaliknya. Kita tunggulah kesudahannya kelak.

Apa-apa pun, tahniah dan syabas kepada Kumpulan Celtic Frost yang telah mewarnai genre metal antarabangsa untuk sekian lamanya, walaupun tiada kesudahan (infiniti).

Sekian untuk kali ini dan sampai jumpa di lain siaran.

Sebelum itu, mari kita layan diskografi Celtic Frost ini...
Jom kawan-kawan..!!



Morbid Tales (1984)















Emperor's Return (1985) - EP















To Mega Therion (1985)















Tragic Serenades (1986) - EP















Into the Pandemonium (1987)















Cold Lake (1988)















Vanity / Nemesis (1990)















Monotheist (2006)