Music Player

Friday, April 29, 2016

Discography Jamal Abdillah


jamal abdillah berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau memulakan karier muziknya seawal usia 20 tahun lagi. Mula menjadi perhatian, saat diumumkankan sebagai juara dalam pertandingan bintang RTM 1979.

lagu 'senandung semalam', nyanyian asal kumpulan Alleycats yang dipertaruhkankan, telah menaikkan nama Jamal, sehingga menarik minat komposer Ahmad Nawab, untuk dijadikan artis rakaman syarikat piring hitam WEA Records.

rentetan itu nama jamal abdillah terus meniti ke puncak kariernya.. dan memang selayaknya, artis yang bersuara jantan ini, dinobatkan sebagai legenda sepanjang zaman sehingga membawa kepada gelaran Dato'.

lagu-lagu malar segarnya, seperti azura, sandarkan pada kenangan, derita cinta, kau lupa janji dll, begitu banyak meninggalkan nostalgia buat insan-insan yg membesar sekitar tahun 70an, 80an dan 90an.

termasuklah dgn aku..

dan kenangan silam yg hendak dikongsikan kali ini bertajuk 'mercun'.

sebut sahaja pasal mercun, pasti kita semua akan teringat pada musim perayaan, terutamanya ketika sambutan aidilfitri.

ditahun 1985 dulu, sewaktu menuntut di sekolah menengah, kami geng berek polis yg terdiri dari Iskandar, Nizam, Fadil dan aku sering bermain dgn mercun bila tibanya musim lebaran.

Yang menjadi ketua kpd geng kami, selalunya iskandar (kerana sifat dia yang agak berani, maka dia telah melantik dirinya sendiri menjadi chief pada kitorang.. haah haah haah!)

peristiwa ini berlaku di bulan ramadhan, iaitu kurang seminggu sahaja lagi umat islam akan menyambut syawal.

pada malam tu, selesai sahaja bersolat tarawikh, kami ramai-ramai berkumpul utk bincangkan aktiviti yg bakal dijalankan (yg sebenarnya solat 2 rakaat jer, pas tu kami mengilak.. terus cabut.. kihh kihh!)

"eh.. geng, malam ni korang ada apa-apa plan tak..?", iskandar as a leader, memulakan bicara.

"ye la.. raya seminggu lagi, tapi kita meriam buluh pun belum siap lagi nih..", aku menjawab.

"tak usah main meriam la, dua hari lepas aku ada dengar yg budak kampung sebelah dah putus jari, bahaya tu..", ulas iskandar lagi.

"habis tu, takkan takde aktiviti langsung boss, malam ni..?", nizam turut mencelah.

"haa..! aku ada rancangan! apakata kalau, kita pergi serang rumah cina kedekut tu..?", iskandar menghasut kami.

"boleh ke Is.. kang tak pasal-pasal kena tangkap, kantoi kita..", aku macam tak bersetuju dgn idea Iskandar.

"alaah.. kita serang guna mercun la, bodoh.. yg kau penakut sangat ni apa hal..!", iskandar mula tunjukkan belangnya.

akhirnya kami sepakat akan pergi baling mercun dekat rumah Ah Hock (si cina kedekut tu).. hu hu hu!!

agak banyak jugalah stok mercun untuk bekalan kami kali ini.. antaranya seperti mercun roket, mercun bola, mercun bom dan juga mercun ketupat.

barangan terlarang berkenaan telah diseludup masuk oleh sepupu aku dari selatan thai..

kami mulakan plan seperti yang telah dirancang..

pada masa itu jam menunjukkan pukul 11 malam.. selalunya, time sebegini, kebanyakan kaum muslimin muslimat dah mula masuk tidur.. ye la, besok kan kena bangun awal pagi.. nak bersahur.

sebelum tu, nak ceritalah sikit.. buat pengetahuan semua, flat 4 tingkat yg diduduki Ah Hock tu, belum ramai lagi penghuninya, memandangkan yg flat berkenaan baru aje siap dibina.. jadi agak lenganglah suasana sekitar area tersebut.. itu yang memudahkan lagi kerja kami.. kihh kihh!!

kami berempat secara senyap telah menyusup masuk ke perkarangan flat kediaman Ah Hock di tingkat satu bangunan.

lampu rumah mereka telah pun dipadamkan, mungkin keluarga Ah Hock sudah terlena.

"eh.. fadil, kau pergi cucuh mercun bola ni, kemudian baling kat tingkap rumah Ah Hock tu..!!", iskandar beri arahan.

fadil angguk je, tanda sedia ikut perintah.. he he he!

aku dan nizam tunggu aje dekat tepi tangga. fadil pun mula bakar mercun bola berkenaan dan terus lari dari situ.

kami menunggu bunyi letupan..

"tak meletup pun.. ciss, tak boleh harap la kau ni fadil", iskandar merungut.

"Iskandar..! kau lah pergi buat, kau kan pakar dalam bab mercun ni..!!", aku beri cadangan.

Iskandar pun dengan perlahan-lahan, menuju ke depan pintu rumah Ah Hock.. dibakar sumbu mercun.. sejenak kemudian dia bergegas turun ke bawah..

'boom.. boom'..

kedengaran bunyi letupan mercun yang begitu kuat, datang dari rumah cina berkenaan.

terkejut Ah Hock.. lalu dibukanya pintu..

"haiyya.. sapa bising-bising ni.. olang mau tido pun talak sinang..!!", ah hock keluar dari rumahnya dengan perasaan marah.. (hih hih!! padan muka cina tu..)

kelihatan isteri dan juga 2 anak mereka sedang menguap sambil gosokkan mata menahan mengantuk..

geng kami menyorok disebalik tangga bangunan flat.. nak tergelak jugak kitorang, tapi kami tahan jua dengan menekup mulut masing-masing.

seketika kemudian, Ah Hock sekeluarga masuk, sambung tidur balik.

kali ini, kami nak attack ikut pintu belakang pulak.. di bahagian dapur.

kelihatan seperti pintunya terbuka, mungkin mereka terlupa nak tutup la tu.. tugasan aku pula untuk baling mercun.

aku cuba cucuh sumbu mercun ketupat (ini kalau meletup, bunyinya seakan-akan bom ledakkannya.. hihh hihh!!)

tapi tak menyala.. iskandar pun turut mencuba, pun tak mahu hidup jugak..

gelagat kami berempat rupa-rupanya sedang diperhatikan Ah Hock, yg sebenarnya sedang menyorok di balik pintu dapur.

tapi kami langsung tidak menyedarinya.

sedang kitorang terleka tu.. tiba-tiba..

kelihatan objek berbentuk bulat kebujuran, terbang laju menuju ke arah kami dan..

"pap, pap, pap, pap".. lalu hinggap kat anggota tubuh kami..

kemudian pecah..

dan serta merta bau yg amat meloyakan, mula menyelinap masuk ke lubang hidung kitorang..

uweek!! nak termuntah rsanya.. telur tembelang busuk, sebagai balasan dari Ah Hock untuk geng kami..

"lain kali, kalau kamu kacau lagi, gua lepot sama itu polis.. huhh", Ah Hock siap bagi warning lagi..

adooi!! nampaknya plan kitorang dah 'failed'.. bukan saje gagal, malah kena balas pulak lagi.. terus kami semua lari pulang dgn bau busuk satu badan.. kah kah kah!!

antara kami.. ada yg kena kat kepala, ada yg kena kat tangan atau kaki, dan ada juga yg kena kat atas belakang..

masing-masing semerbak baunya.. kihh kihh!

kami tak terus balik rumah, tapi singgah kejap kat surau untuk bersihkan diri.

mandi dan cuci pakaian kami.. habis basah semuanya.. nak kena jemur pulak tu,

"malam-malam macam ni, mana nak sempat kering geng!! matahari pun takde..", aku mengeluh.

akhirnya, kami berempat sepakat tidur kat surau je, dengan meminjam kain pelikat surau seorang satu, buat sarung menggantikan seluar (tidur tanpa pakai baju).. haah hahh!

dan akibat terlalu kepenatan, kami tidur dengan lena hingga ke pagi..

seketika kemudian..

kedengaran azan subuh berkumandang, lalu mengejutkan kami dari lena yang panjang..

"ehh, alamak! bangun, bangun geng.. dah masuk waktu imsak ni.. kita belum bersahur lagi", aku kejutkan semua member.

"imsak apanya yus.. bilal dah azan kan tadi.. mana boleh makan lagi..", iskandar jawab.

"Apaaa!!", melopong kitorang semua.. kihh kihh!

mahunya tidak.. 'miss' sahur kami berempat pada hari tu (muka sekor sekor kelat sampai ke petang).. huhu!

itulah kisah lucu geng kami sewaktu di bulan puasa dulu, yang mungkin boleh dijadikan panduan hidup buat kalian semua.. hehe!

sampai jumpa lagi.. babai

(moral of the story - jangan suka per'dajal' orang, kelak nanti kamu pula di'dajal'kan)

and now - the diskografie :-



1980 - perpisahan tanpa relamu









1981 - derita cinta









1982 - hati ku luka kembali









1983 - layang-layang









1984 - sendiri









1986 - mati hidup semula









1987 - koleksi abadi (kompilasi)






1988 - untuk mu









1989 - sepi seorang perindu









1990 - seniman menangis









1991 - jamal









1994 - penghujung rindu









1995 - 15 tahun memori bersama (kompilasi)






1997 - penawar kasih / suratan kasih









1998 - samrah









2002 - segala cinta









2003 - raja pop







2005 - aku penghibur









2009 - tak hilang cinta









2010 - sakti inspirasi ku (kompilasi)







2011 - raja pop 2








info cover - credit to mastercomp, shahmyra, mat4nira, pckokak